Penghayatan


Hari qiamat sudah semakin hampir ..... tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yg dilihat hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6....tidak lebih daripada itu.


Wahai Muslimin Muslimat !!


Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di akhir zaman sebelum hari qiamat.... Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya. MUKA TAK MALU!! Dabik dada saja mengaku sebagai Muslim, tapi HAMPEH...


Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah persiapan untuknya...

JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)".

(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)


Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)


Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)


Rasulullah SAW bersabda:
"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"

(Hadis riwayat Ahmad)


Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja (SUDAH ADA
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan (SUDAH ADA)
Zakat dijadikan hutang (SUDAH ADA)
Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat) (SUDAH ADA)
Anak derhaka terhadap ibunya (SUDAH ADA)
Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya. (SUDAH ADA)
Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya (SUDAH ADA)
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. (SUDAH ADA)
Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka. (SUDAH MULA DIPILIH)
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. (SUDAH ADA)
Arak sudah diminum secara berleluasa. (SUDAH ADA)
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) (SUDAH ADA)
Para artis-artis disanjung-sanjung. (SUDAH ADA)
Muzik banyak dimainkan/didendangkan. (SUDAH ADA)
Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). (SUDAH MULA KEDENGARAN)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Welcome Guys

Welcome to the place where I show my
work, share my knowledge and meet
talented people from all over the world.
Here you can find out more about me
see what I've done, check out my blog
and get in touch with me.
 

Kata-kata Hikmah


Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…

Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.


kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan

jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang

sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..

zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..

lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..

nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan

jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…

manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…